Perak Hari Ini

MyCCSkills Ruang Buat Pelajar Asah Bakat

PERAK TODAY 7
Pengarah Kolej Komuniti Taiping, Haslinda Abd Hamid

TAIPING: Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) merupakan platfom buat para pelajar mencungkil bakat terpendam untuk diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Taiping, Haslinda Abd Hamid penganjuran pertandingan yang memasuki kali keempat ini berupaya memberi ruang kepada para pelajar membawa bakat dan kelebihan mereka untuk pergi lebih jauh lagi.

“Pertandingan telah bermula pada tahun ke 2013, setiap tahun jawatan pendidikan kolej komuniti akan memberi tanggungjawab kepada beberapa kolej bagi mengendalikan pertandingan dalam beberapa bidang bagi kali ini dalam 13 bidang.

“Kita sentiasa mencari bakat-bakat pelajar yang mahir untuk membawa mereka kepada peringkat tertinggi dan mengasah bakat mereka.

PERAK TODAY 1

“Tahun lepas pelajar Kolej Komuniti Langkawi berjaya mendapat pingat Emas dalam bidang kemahiran perkhidmatan restoran bagi pertandingan World Skills Malaysia Belia 2015 (WSMB) dan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2015 di PICC, Putrajaya,” katanya yang ditemui dalam majlis pertandingan MyCCSkills di sini hari ini.

Kolej Komuniti Taiping menjadi tuan rumah kepada penganjuran dalam bidang Beauty Therapy and Spa & Hairdressing selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei.

PERAK TODAY 9

“Ia melibatkan pertandingan kemahiran dalam dua bidang bidang kecantikan dan spa dan dandanan rambut.

PERAK TODAY 6“Seramai 27 orang peserta daripada 13 kolej komuniti menyertai pertandingan ini dan mereka akan bertanding dalam kemahiran masing-masing,” katanya lanjut.

Tambahnya lagi, bagi bidang kecantikan ia melibatkan pertandingan dalam tiga bidang kemahiran modul seperti rawatan badan, rawatan scrub dan urutan juga facial menggunakan mesin dan solekan futuristik.

“Pemenang akan membawa pulang medal sijil dan hadiah iringan malah pemenang bakal dipilih untuk menyertai pertandingan seterusnya mewakili kolej pada peringat lebih tinggi,” katanya lagi.

Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) adalah pertandingan berbentuk ujian kemahiran yang dijalankan bagi menguji tahap kemahiran para pelajar kolej komuniti

Pertandingan yang diadakan ini bertujuan untuk menyediakan pelajar bagi mewakili Kolej Komuniti ke Pra-kelayakan WorldSkills Malaysia kategori Belia (WSMB) dan seterusnya ke peringkat ASEAN dan dunia.

PERAK TODAY 10

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");