Membawang Hari Ini

Nabila Huda rai ulang tahun anak di luar negara

KUALA LUMPUR: Meskipun terikat dengan jadual kerja yang ketat, Nabila Huda, 32, tidak mengabaikan kebahagiaan anak kesayangannya, Keisha Laila.

Bersama suaminya, Mohd Izwan Johar, 33, Nabila merancang untuk membawa Keisha bercuti di luar negara sempena ulang tahun kelahirannya yang keenam yang disambut pada 11 Mei 2010.

Nabila bagaimanapun, menjelaskan masih belum memilih lokasi percutian mereka sekeluarga.

“Selepas menjalani penggambaran di Kelantan selama seminggu, saya dan keluarga bakal bercuti ke luar negara bagi meraikan ulang tahun keenam Keisha. Lokasi percutian belum dapat dipastikan lagi.

“Teruja rasanya kerana ini kali pertama kami bertiga bakal bercuti di luar negara. Biarpun terikat dengan jadual kerja yang padat, saya tetap mencuri masa untuk diluangkan bersama keluarga,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Nabila juga baru pulang dari Bali, Indonesia meraikan majlis resepsinya yang bertemakan persandingan di tepi pantai. Bintang filem Munafik itu berkongsi, hasratnya untuk bersanding di tepi pantai ditunaikan bersama teman rapat.

“Sudah lama saya menyimpan impian untuk berkahwin di tepi pantai dan Alhamdulillah, hasrat itu tercapai juga. Majlis resepsi itu dihadiri oleh 20 teman rapat saya dan suami. Antara rakan artis yang hadir ialah Joe Flizzow, Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Kilafairy dan Sharifah Sakinah.

“Ia lebih kepada acara berkumpul teman rapat, bertemakan putih. Saya menggayakan busana rekaan Alia Bastamam, manakala tatarias disempurnakan Bosco. Ia hanya majlis ringkas untuk berkumpul beramai-ramai,” kata Nabila.

Dalam perkembangan terbaharu, Nabila bakal menjalani penggambaran supertelefilem karya Michael Ang. Memegang peranan sebagai Cempaka, supertelefilem itu turut membariskan pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah, Elly Suriati, Zaidi Omar dan Fizz Fairuz.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/150136

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");