Perak Hari Ini

Nafi Anjur Festival Makan Durian

Batu Kurau: Pusat Khidmat Parlimen Larut bersama Dun Batu Kurau tampil menafikan kenyataan bahawa pihaknya sama tidak terlibat dengan penganjuran festival makan pulut durian yang terbesar di media sosial baru-baru ini.

Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Amran Abdul Rahman menegaskan bahawa pihak sama sekali tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab menganjurkan festival tersebut.

Pada masa sama, pihaknya turut berasa kecewa dengan penyebaran maklumat mengenai festival yang dihebahkan tanpa pengetahuan mereka.

“Saya sangat kecewa dengan penyebaran melalui media sosial tersebut kerana ia memberi kesan buruk kepada Dun Batu Kurau sedangkan program itu tidak berlangsung dalam tempoh yang akan ditentukan pada 4 Jun ini, ”katanya.

Mohd Amran menegaskan bahawa keadaan itu telah menyebabkan orang ramai telah menghubungi pihaknya seolah-olah program tersebut diadakan walaupun pada hakikatnya program itu tidak wujud.

Tambah beliau, pihaknya juga telah beberapa kali menghubungi penganjur, bagaimanapun tidak berhasil.

“Kalau nak ikutkan memang murah kalau RM10 boleh makan sampai kenyang.Tapi kini saya perbetulkan supaya masyarakat di luar sana tahu bahawa harga sekilo buah durian kini RM12 disebabkan buah durian yang sedikit berkurangan kini.,”katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai hebahan berkenaan festival berikutan ianya sama sekali tidak benar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");