Perak Hari Ini

Nahas Helikopter : Pemuda AMANAH Rakam Takziah

IPOH: Pemuda AMANAH Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter di Sarawak yang telah mengorbankan enam nyawa.

Naib Ketuanya, Hasnul Zulkarnain berkata, insiden tersebut sangat mengejtkan disaat semua pihak sedang tertumpu kepada perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Pemuda AMANAH Negeri Perak melahirkan rasa pilu dengan tragedy nahas helikopter di Sarawak yang mengorbankan enam nyawa termasuklah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Ia sudah pasti disambut hiba oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya penggiat politik di negara ini,”katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya lagi, pemergian Wan Mohammad Khair-il Anuar sangat dirasai walaupun berbeza aliran politik.

“Beliau adalah seorang tokoh yang sangat disenangni oleh kawan dan lawan. Pemuda AMANAH Negeri Perak merakamkan takziah kepada ahli keluarga almarhum, semoga tabah dan sabar menghadapi ujian yang sangat besar ini,”ujarnya.

Terdahulu, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah antara enam penumpang yang menaiki pesawat Eurocopter AS350 Ecureuil yang dilaporkan terputus hubungan sejak jam 5 petang Khamis lalu ketika dalam penerbangan pulang dari Betong ke Kuching.

Antara penumpang lain ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobridan juruterbang pesawat, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");