Isu Panas

Nasib pemimpin Umno diputus secara konsensus

KUALA LUMPUR – Nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan diputuskan secara persetujuan bersama oleh semua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang akan bermesyuarat, pada Jumaat ini.

Ahli MT Umno, Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau percaya ramai ahli MT Umno akan menimbulkan isu ini walaupun perkara itu tidak disebut secara spesifik dalam agenda mesyuarat.

“Ramai di antara kita akan timbulkan isu ini kerana ia melibatkan masa depan parti, negara, jadi akan dibincangkan. Kita akan berikan pandangan masing-masing dan lepas itu kita akan buat keputusan.

“Biasanya keputusan kita bersifat konsensus dan terbuka. Sama ada pecat atau sebaliknya, kita tengok keadaan (mesyuarat), yang pentingnya kita letakkan kepentingan parti lebih daripada yang lain-lain,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu bahawa Lembaga Disiplin enggan membuat keputusan ke atas tiga pemimpinnya kerana ia kes berprofil tinggi.

Tengku Adnan juga berkata, kes itu telah dipulangkan kepadanya dan beliau akan membawa dan merujuk kes itu ke MT Umno untuk tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, Hasan selaku Ahli Parlimen Kuala Pilah juga mengesahkan mesyuarat bulanan MT Umno akan diadakan pada Jumaat ini.

“Biasanya membincangkan hal-hal negara, hal-hal kepentingan nasiona, termasuk pilihan raya kecil kerana ia ada hubung kait dengan politik.

“Agenda sudah ada. Sebab ia agenda umum. Sampai sana (mesyuarat) kita bercakap apa-apa nanti. Ada agenda bincang hal-hal semasa, tindakan disiplin, dan laporan urusetia,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");