Membawang Hari Ini

Nurul Syuhada Kembali Ke Bidang Penyiaran Selepas 2 Tahun Berehat

KUALA LUMPUR: Pengacara Nurul Syuhada kembali semula ke bidang penyiaran dengan mengendalikan rancangan Salam Dhuha di Astro Oasis selepas dua tahun berehat bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

Nurul atau nama sebenarnya Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 32, berkata, menerima tawaran untuk mengendalikan program bual bicara berkenaan selepas kedua-dua cahaya matanya kini semakin membesar.

“Saya kembali semula selepas dua tahun kerana memberi perhatian terhadap keluarga.

“Saya ambil keputusan berehat kerana ingin membesarkan mereka sendiri depan mata dan tidak mahu ketinggalan detik-detik mereka membesar.

“Sekarang Alhamdulillah, mereka sudah berusia setahun lapan bulan dan ada pengasuh yang menjaga, lagi pula masa bekerja saya agak flexible,” ujar kepada mStar Online.

Nurul Syuhada berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton program ramadan 2016 yang diadakan di Grand Duchess, di sini, Isnin.

Nurul Syuhada berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa pada 16 Julai 2011 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nur Emaan.

Sementara itu, Nurul Syuhada berkata, suaminya turut memberi keizinan untuk dia kembali bekerja semula.

“Suami saya tidak ada masalah dan dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan janji tahu membahagikan masa kerja dengan keluarga.

“Sebab itu juga saya buat freelance sahaja dan tidak mahu terikat dengan mana-mana stesen televisyen seperti dulu,” ujarnya.

Nurul Syuhada mengendalikan program Salam Dhuha yang bersiaran setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini pada pukul 8 pagi di Astro Oasis. -mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");