Berita Hari Ini

Operasi pembenihan awan berjaya hasilkan hujan

KUALA LUMPUR – Operasi Pembenihan Awan (OPA) berpangkalan di Tentera Udara Diraja Malaysia, Labuan yang menyasarkan Miri dan Mulu di Sarawak, telah menghasilkan hujan di dua kawasan berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, bagi suhu maksimum pula berbanding semalam, suhu sehingga jam 4 petang tadi menunjukkan trend menurun.

“Bagaimanapun, penurunan ini tidak signifikan memandangkan Kuala Krai di Kelantan merekodkan bacaan suhu 37.3 darjah Celsius.

“Sehingga 2 Mei lepas, Kota Baharu mencatatkan bilangan hari tanpa hujan selama 30 hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Madius juga berkata hanya satu titik panas dicerap pada 2 Mei iaitu di daerah Rompin manakala tiada sebarang titik panas dicerap di Sabah dan Sarawak.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");