Panasnya Hari Ini

PAC Hanya Terima Maklumat Sahih- Hasan Ariffin

KUALA LUMPUR:Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Ariffin menegaskan bahawa PAC hanya boleh menerima maklumat yang sahih dan benar dalam laporannya.

Menerusi satu kenyataan akhbar, ia dibuat ekoran laporan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini yang mendakwa Good Star Limited dimiliki Low Taek Jho dengan mengaitkan surat Bank Negara Malaysia (BNM) dengan jawatankuasa itu.

“Selaku pengerusi PAC saya ingin menafikan pemilik Good Star Limited adalah Low Taek Jho seperti yang dinyatakan WSJ dengan mengaitkan surat BNM terhadap jawatankuasa ini,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, BNM sendiri menjelaskan bahawa maklumat yang diberikan bertaraf risikan malah PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar.

“Disebabkan maklumat yang diterima PAC adalah bertaraf risikan, PAC tidak boleh memasukkan maklumat itu kerana ia bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab dan boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai pihak,” katanya.

Ujarnya, BNM juga menyatakan siasatan terhadap 1MDB sudah selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara pentadbiran.

“PAC juga sudah membentangkan laporan ke Parlimen. Oleh itu perkara ini selesai dan tidak perlu dipolitikkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");