Panasnya Hari Ini

PAS Kedah Tidak Bercadang Ambil Tindakan Disiplin Terhadap Mahfuz, Nasir

KUALA LUMPUR: Pas Kedah menjelaskan bahawa tidak bercadang mengambil tindakan disiplin terhadap dua wakil rakyatnya yang secara langsung terlibat dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri yang berlangsung 1 Mei.

Menurut Setiausahanya, Musoddak Ahmad dua wakil rakyat itu sudah memberi surat penjelasan mengenai penglibatan mereka dalam program tersebut.

“Ya, saya ada terima penjelasan daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa Jumaat lalu. Mereka hantar melalui emel kepada saya.

“Kita hanya mahu penjelasan dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Ia sekadar untuk rujukan parti di peringat negeri,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Ujarnya lagi, perkara itu juga dianggap selesai selepas bekas Naib Presiden Pas dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah itu memberi kerjasama baik dalam perkara tersebut.

Sebelum ini, Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kedah sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberi penjelasan atas pembabitan mereka dalam GSM.

Surat itu memberi tempoh seminggu kepada Mahfuz dan Nasir memberi jawapan terhadap tindakan itu.

Sementara itu Mahfuz turut mengakui menerima surat pada Khamis lalu yang meminta penjelasan berhubung penglibatannya secara langsung dalam program GSM.

“Saya sudah emel surat penjelasan kepada Setiausaha Pas Kedah (Musoddak) menyatakan penyertaan dan penglibatan dalam GSM atas sifat peribadi sebagai rakyat dan tidak mewakili Pas.

“Saya juga berharap lebih ramai ahli Pas atas nama warga negara terlibat dalam GSM bagi bersama rakyat termasuk akar umbi Umno,” katanya.

Mahfuz yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah turut mengakui dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Kempen Selamatkan Malaysia Malaysia Negeri Kedah yang berlangsung 1 Mei di pekarangan Wisma Harapan Baru, Stargate, di sini.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");