Isu Panas

Pas tidak gentar walau Mat Sabu bertanding

KOTA BHARU – “Pas tidak tercabar, walau siapa pun bertanding, kami (Pas) tetap akan lawan,” tegas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika diminta mengulas mengenai Parti Amanah Negara yang membayangkan Presidennya, Mat Sabu sebagai calon PRK Parlimen Sungai Besar.

Menurutnya, Pas tidak sesekali tergugat dengan mana-mana calon yang diletakkan untuk bertanding pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana matlamat utama parti itu adalah untuk menjatuhkan BN.

“Kami tidak kira siapa bertanding, BN lebih besar daripada Mat sabu pun kita lawan. Apabila mereka (pembangkang) tetap berdegil untuk bertanding setelah Pas memutuskan mahu bertanding, itu membuktikan mereka yang tidak serius untuk menjatuhkan BN.

“Dan mereka (pembangkang yang bertanding) sebenarnya mahu menentang Pas,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");