Perak Hari Ini

PAS Umum Dr Najihatussalehah Calon PRK Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR : Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad diumumkan sebagai calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil  (PRK) Parlimen P.067 Kuala Kangsar.

Pengumuman itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dihadapan hampir 1,200 penyokongnya dalam satu majlis yang diadakan di sini, malam tadi.

Dr Najihatussalehah 50, dilahirkan  di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Perak merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya.

Sebelumnya, beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Gunung Semanggol sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh.

Ibu kepada sembilan orang anak itu kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (kini SMAP Labu).

Bergiat aktif sejak bergelar mahasiswa, Dr Najihatussalehah kemudiannya dilantik menjadi Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit pada tahun 1997/99 sebelum dilantik menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit dari tahun 1999 sehingga kini.

Beliau memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak bermula tahun 2011 sehingga kini selain daripada memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat dari 2007 sehingga sekarang.

Dr Najihatussalehah turut pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Changkat Jering dan kini mempunyai kliniknya sendiri, Klinik Najiha di Bota Kanan sejak 1997 sehingga kini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");