Sukan Hari Ini

Pemain import Kelantan bakal digugurkan

JAGUH pantai timur, Kelantan dijangka melakukan rombakan besar-besaran dalam usaha terbaharu pasukan itu untuk kembali memberi saingan dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi Facebooknya berkata, rombakan tersebut bertujuan untuk menguatkan kembali skuad kendalian K Devan bagi mengharungi baki perlawanan Liga Super dan kempen Piala Malaysia.

“Bulan depan pintu perpindahan dibuka, banyak pasukan mungkin melakukan perubahan ke arah persiapan kempen Piala Malaysia dan Kelantan tidak terkecuali.

“Yang pasti usaha (perlu) diteruskan malah mungkin rombakan besar (akan) berlaku,” katanya.

Difahamkan, bekas juara tiga piala musim 2012 itu dijangka menggugurkan sebahagian pemain import mereka yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang dalam aksi pusingan pertama liga, ketika ini.

Selain itu, beberapa pemain tempatan pula dikatakan akan dipinjamkan kepada pasukan lain sebagai langkah untuk mengurangkan beban membayar gaji yang terpaksa ditanggung persatuan itu.

Annuar mengakui, pengalaman dalam menyusun pasukan Kelantan menunjukkan betapa sukarnya pihak mereka untuk membentuk kombinasi sebagai sebuah pasukan juara.

“Itulah bola sepak. Leicester boleh berjaya (menjuarai Liga Perdana Inggeris), Aston Villa boleh tersingkir (turun ke Liga Kejuaraan Bola Sepak) tetapi Kelantan akan terus berusaha. Insya-ALLAH,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");