Isu Panas

Pengundi ramal BN mampu menang majoriti besar

SUNGAI BESAR – Pengundi meramalkan Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar selepas Pas mempertaruhkan calon luar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun depan.

Malah, pengundi mendakwa BN yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU-13) lalu menerusi penyandangnya, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon mendapat laluan mudah selepas Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka turut mengumumkan calon mereka pada Rabu depan.

Ismail Mohamed Hashim, 46, berkata, calon BN, Budiman Mohd Zohdi memiliki kelebihan kerana bukan sahaja calon muda diketengahkan parti itu, malah anak tempatan yang berkhidmat sebagai Adun di Sungai Panjang.

“Dah tentu Budiman dikenali berbanding calon Pas, (Dr Abdul Rani Osman). Saya fikir faktor ini jadi penentu BN mampu kekalkan kemenangannya di sini,” katanya.

Muhammad Ridzwan Sallehan, 27, berkata, secara peribadinya, dia hanya mengenali Budiman yang disifatkan sebagai pemimpin muda yang berwawasan tinggi, bagaimanapun mengakui tidak mengenali calon Pas.

“Hakikatnya Budiman berpotensi menang besar. Beliau lebih diyakini pengundi berdasarkan gerak kerjanya sebagai Adun Sungai Panjang. Beliau disenangi kawan dan lawan,” katanya.

Sementara itu, Bala Murugan, 27, berkata, pengundi pada masa sekarang lebih matang dan mereka biasanya memilih calon anak tempatan, apatah lagi Budiman membuktilan kewibawaannya di Dun Sungai Panjang.

“Beliau rapat dengan kaum Cina. Saya rasa, dengan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Harapan peluang untuk BN menang lebih cerah,” katanya.

Kee Jek Loon, 61, pula berkata, Pas perlu bekerja keras jika ingin merampas kerusi itu, apatah lagi Dr Abdul Rani hanya popular dalam kalangan ahli Pas dan bukan pilihan majoriti rakyat.

“Saya tak tahu adakah Pas ketandusan calon tempatan hingga terpaksa mengambil calon dari luar.

“Bagaimana ingin berkhidmat kepada rakyat di sini, sedangkan terpaksa menjaga dua kawasan yang jauh..saya kira rakyat bijak buat pertimbangan tentang pemilihan terbaik,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");