Perak Hari Ini

Penunggang Motosikal Maut

BIDOR: Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan dan dua motosikal berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bikam pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat Perak, kemalangan berlaku sekitar jam 6.28 pagi tadi.

Tambah sumber, kemalangan melibatkan empat buah kereta iaitu dua Perodua Alza, sebuah Toyota Vios dan sebuah kereta jenis Estima.

“Turut terlibat dua penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah manakala seorang lagi maut di lokasi kejadian,” kata sumber.

Tambahnya, pihak penyelamat telah membuat pemantauan dan pembersihan jalan di kawasan tersebut sehingga selesai sepenuhnya.

“Mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak Polis manakala seorang lagi penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah telah dibawa oleh pihak Ambulans bagi menerima rawatan,” katanya.

Operasi tamat sekitar jam 8.14 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");