Panasnya Hari Ini

Perkasa Tidak Cenderung Sokong Mana-mana Parti Politik- Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali menegaskan bahawa Perkasa sama sekali tidak cenderung untuk menyokong mana-mana parti politik.

Ujarnya, sokongan diberikan berdasarkan isu-isu yang dimajukan parti tersebut.

“Contohnya, ada yang menyatakan Perkasa menyokong PAS.

“Tidak, kami menyokong isu yang diperjuangkan PAS. Jika isu tersebut selari dengan keinginan kami untuk memperjuangkan hal-hal berkaitan Islam dan Bumiputera, kami akan sokong,” kata Ibrahim memetik sumber Astro AWANI.

Tambahnya lagi, pendekatan yang sama diambil untuk parti-parti lain, termasuklah UMNO malah Perkasa akan terus memperjuangkan isu-isu ini walaupun tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak tertentu.

“Ada yang menuduh kami penyokong UMNO. Tidak, kami sokong perjuangan yang dimajukan UMNO.

“Jika Parti Amanah Negara (Amanah) ingin bekerjasama sekalipun, kami tiada masalah, asalkan ianya demi kepentingan golongan Islam dan Bumiputera.

“Matlamat utama kami ialah kepentingan golongan Muslim dan Bumiputera. Perjuangan kami sentiasa akan diteruskan walaupun ada cabaran,” kata Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");