Panasnya Hari Ini

Peruntukan RM2.5 juta Untuk Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia.

Pengumuman tersebut dibuat pada Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016 di Terengganu, semalam.

Beliau berkata, institusi pondok di Malaysia memainkan peranan yang penting dalam melahirkan golongan ilmuwan celik Al-Quran dan berakhlak tinggi yang mampu mengembangkan syiar Islam.

Ujarnya, beliau amat menghormati serta menghargai sumbangan dan jasa institusi ini serta warga di sebaliknya.

“Sebahagian daripada peruntukan tersebut berupa geran sebanyak RM2 juta bagi tujuan kajian mengenai institusi pondok di Malaysia.

“Ia juga untuk membawa institusi ini ke era moden dan lebih maju selain mengguna pakai teknologi terkini termasuklah instrumen media sosial,” katanya menerusi catatan di laman blognya, NajibRazak.com.

Ujarnya lagi, sebahagian lagi peruntukan berkenaan iaitu sebanyak RM500 ribu diluluskan sebagai dana bagi Tabung Kasih Perdana Menteri.

“Kewujudan dana ini bertujuan menjadi simpanan dan boleh memberi bantuan kepada institusi pondok yang mengalami malapetaka atau musibah dengan kadar segera.

“Selain itu, saya berharap agar usaha dapat digiatkan untuk mengkaji dan memastikan institusi-institusi pondok tidak berdaftar yang bertebaran serata negara, supaya mendaftar agar kita dapat pastikan bantuan sampai kepada mereka, terutamanya untuk menjaga kebajikan para pelajar,” tegasnya lagi.

-Gambar: Sumber Blog NajibRazak.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");