Perak Hari Ini

Pilih Parti Yang Konsisten Bekerja Untuk Rakyat

KUALA KANGSAR : Pengundi di Parlimen Kuala Kangsar perlu memilih parti yang secara konsisten membela dan bekerja untuk rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijangka akan diadakan pada 18 Jun ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, rakyat perlu melihat bagaimana parti pembangkang yang bertelagah antara satu sama lain.

“Saya minta rakyat pada hari ini lihat kepada parti lain seperti AMANAH, PAS, PKR dan DAP yang nak menentukan wakil (untuk calon Pilihan Raya Kecil) pun mereka tidak boleh buat keputusan yang bijak, apa lagi mahu memimpin.

“Oleh itu, jangan kita memperjudikan nasib kita dengan memilih parti yang sebegini. Kita pilih wakil kita yang mewakili parti yang kuat. Parti mana yang kuat? Sudah tentulah Barisan Nasional dan UMNO,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Mesra Pelajar Bersama PTPTN dan BAIDURI di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwim, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pengundi yang akan turun mengundi dalam PRK Kuala Kangsar agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tuduhan pihak pembangkang.

“Saya harap rakyat di Kuala Kangsar akan terus memberi mandat kepada BN kerana kita ingin terus bekerja dan menyumbang bakti kepada rakyat.

“Saya percaya, dalam tempoh beberapa minggu ini macam-macam fitnah akan berlaku tetapi saya harap rakyat di Kuala Kangaae akan gunakan kebijaksanaan untuk memilih calon terbaik untuk mereka,”ujarnya.

Terdahulu, kerusi bagi Parlimen tersebut kosong setelah penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban dalam nahas tersebut, Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon serta empat individu lain.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan bahawa PRK bagi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");