Sukan Hari Ini

PKNS janji pertarungan menarik

PKNS FC tidak meletakkan harapan tinggi untuk kempen Piala Malaysia musim ini berdasarkan kelompok undian Kumpulan C , namun The Red Ants tekad tidak akan memberi laluan mudah kepada lawan mereka.

Pengurusnya, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, misi Red Ants saingan kali ini adalah untuk memperbaiki pencapaian selepas terkandas suku akhir musim lalu.

“Meskipun tidak meletakkan impian tinggi, namun itu bukan tiket untuk PKNS tidak akan berusaha keras. Kita akan buat persediaan lebih rapi untuk hadapi saingan Piala Malaysia tahun ini.

“Sasaran utama kita layak suku akhir walaupun sedar Johor Darul Ta’zim (JDT) pasukan pilihan,” katanya.

Menurut Mahfizul lagi, pesaing lain seperti PDRM juga turut konsisten dalam saingan liga manakala Perak pula difahamkan bakal mendapat sentuhan Karl-Heinz Weigang.

“Tetapi saya percaya pemain PKNS akan memberikan tentangan sengit kepada setiap lawan dan tidak akan beri laluan mudah buat mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");