Sukan Hari Ini

Platform bentuk skuad Sukan Sea

PENGENDALI Skuad Projek Sukan Sea 2017, Frank Bernhardt mahu menjadikan kejohanan Piala Negara-Negara 2016 yang akan diadakan di Melaka dari 3 hingga 5 Jun sebagai platform untuk memilih pemain terbaik.

Pengendali dari Jerman itu berkata, selepas empat bulan membimbing skuad bola sepak bawah 21 tahun negara melakukan persiapan menghadapi Sukan Sea 2017, beliau masih belum berpuas hati dengan barisan pemain sedia ada.

“Saya masih meninjau pemain berbakat menerusi aksi mereka dalam Liga Perdana dan Piala Presiden. Kami perlu melihat menjangkaui Piala Negara-Negara.

“Sukan Sea 2017 adalah sasaran utama tetapi ia bergantung dengan persembahan yang kami tampilkan dalam Piala Negara-Negara di Melaka nanti,” katanya.

Bernhardt bercadang untuk memanggil pemain daripada Piala FAM dan Piala Presiden menyertai kem latihan sebelum muktamadkan pemilihan bagi skuad Piala Negara-Negara.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");