Laporan Eksklusif

PM kongsi kejayaan Malaysia dengan pelabur UK

London: Datuk Seri Najib Razak menjadi ‘jurujual’ Malaysia, hari ini, berkongsi cerita pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan berpuluh pengurus dana United Kingdom (UK) dan pelabur asing.

Perdana Menteri yang ditemani tokoh korporat ternama Malaysia, memulakan siri jelajah ke London dengan memberitahu pelabur bahawa Malaysia adalah tempat pilihan untuk melabur dan menjalankan perniagaan.

Hari sibuk beliau bermula di Marlborough House yang bersejarah, kini ibu pejabat Sekretariat Komanwel, di mana beliau bertemu pengurus dana diikuti pemimpin perniagaan.

Ia juga adalah detik nostalgia untuk beliau apabila Lord Marland, Pengerusi Majlis Pelaburan Komanwel, menunjukkan gambar bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di London lebih 50 tahun lalu sebagai pemangku Perdana Menteri.

Najib turut menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Komanwel yang baharu, Patricia Scotland.

Pada pertemuan dengan 28 pengurus dana, beliau mengajak mereka menimbang untuk meningkatkan pelaburan dalam ekuiti dan bon Malaysia untuk meraih manfaat daripada kejayaan negara.

Kebanyakan soalan semasa sesi tertutup yang diatur Bursa Malaysia dan Maybank Investment Bank menumpukan kepada strategi pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Pengurus dana terbabit – yang secara kolektif menguruskan dana bernilai AS$7.7 trillion (RM30.93 trilion) – berminat untuk mengetahui bagaimana kerajaan menyokong pertumbuhan ekonomi masa depan.

Menurut beberapa pengurus dana, jawapan Najib agak jelas – Malaysia akan terus membina kapasiti, meningkatkan produktiviti, meningkatkan pencapaian sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta membangunkan bakat dan kemahiran.

Kebelakangan ini, dana asing lebih yakin terhadap Malaysia.

Najib berkata, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, dana asing berjumlah RM6.1 bilion memasuki negara.

Kehadiran 28 pengurus dana pada majlis itu adalah terbesar dalam siri jelajah Invest Malaysia Bursa Malaysia setakat tahun ini.

Dalam ucapan pembukaannya, Najib memberitahu pengurus dana ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5 peratus tahun ini.

Beliau memberi jaminan kerajaan akan terus mengawal perbelanjaan, mengekalkan disiplin fiskal dan sasaran defisit fiskal.

Pada forum pelaburan berasingan dianjurkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Commonwealth Enterprise and Investment Council dan Sime Darby Bhd, Najib berkata, walaupun berdepan pelbagai kritikan, kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Najib juga mempersoalkan pengkritik di dalam negara yang beliau sifatkan “lebih mempolitikkan” isu.

“Politik sentiasa meriah di negara kami, tetapi jika isu-isu terlalu dipolitikkan – seperti yang mereka lakukan – realiti kisah kejayaan Malaysia menjadi lebih sukar untuk dilihat.â?

Najib kemudian ke Thames untuk melancarkan projek pembangunan hartanah ikonik, Embassy Gardens oleh Eco World Bhd.

Beliau dijadual mengadakan mesyuarat tertutup dengan ketua eksekutif Standard Chartered dan Shell Group sebelum menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Datuk Bandar Kota London.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");