Panasnya Hari Ini

PRK: Buktikan AMANAH Mampu Menggantikan PAS

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad hari ini menegaskan bahawa parti itu perlu membuktikan bahawa mereka mampu mengganti PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua Parlimen iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dijangkakan akan berlangsung pada 18 Jun depan.

Ujarnya, perlu sentiasa diingat bahawa sesuatu kedudukan bukan hasil dakwaan atau tuntutan tetapi perlu diperolehi melalui usaha serta kerja keras.

“PRK ini memberikan AMANAH peluang untuk memperolehi kedudukan tersebut. Buktikan perjuangannya ada tempat dan sokongan di hati rakyat.

“Buktikan AMANAH mampu menggantikan PAS dan sekiranya ianya dibuktikan, tiada lagi alasan untuk mana-mana pihak melayani kerenah ‘ke sana sini’ PAS,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman blognya.

Khalid turut berkata, beliau menjangkakan bahawa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini adalah ujian litmus terhadap keadaan dan kedudukan tidak menentu PAS selama ini.

Ujarnya lagi, PRK pada kali ini juga turut menjadi ujian litmus ke atas keberlangsungan Pakatan Harapan kerana berpontensi menentukan halatuju hubungan di antara PKR dan PAS.

“Perkara ini mempunyai korelasi yang tinggi dengan kemampuan AMANAH membuktikan bahawa ia layak menggantikan PAS dalam gabungan politik parti pembangkang.

“Ya, ianya sering disebut, AMANAH pengganti PAS dan mengambil kedudukan dalam PH seperti yang pernah diambil PAS dalam PR. Itu sekadar dakwaan dan tuntutan semata. Janganlah pula AMANAH menjadi seperti PAS yang mendakwa ini dan menuntut itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tentang pendirian sebenar PAS.

“Adakah mereka bersama pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan BN? Atau bersendirian dengan tujuan mendapat kerusi yang cukup untuk menjadi penasihat BN? Seperti dakwaan Hj. Hadi semasa PR Negeri Sarawak. Atau berhajat mencipta Blok ketiga yang terdiri dari pihak yang hanya sanggup dipimpin PAS,” soalnya.

Beliau berkata, PRK kali ini berpotensi untuk membawa kesan yang paling bermakna kepada Pakatan Harapan dan hubungannya dengan PAS sebagai parti pembangkang.

“Bagi yang ingin PAS kembali ke politik rasional dan waras, keluar dari orbit tersendirinya, biarlah ianya terantuk dahulu.

“Mungkin selepas terantuk baru mereka akan sedar. Sekadar mungkin,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");