Perak Hari Ini

PRK: Isteri Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Calon BN Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR :Datin Mastura Yazid,isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil  (PRK) Parlimen P.067 Kuala Kangsar.

Pengumuman itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dihadapan hampir 5,000 penyokong parti itu di majlis Pelancaran Jentera BN PRK Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Turut hadir pada Majlis Pengenalan Calon BN adalah Pengarah Pilihan Raya BN PRK 067 Kuala Kangsar yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun; Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta jentera parti komponen lain.

Zahid dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa pemilihan calon ini berdasarakan lima kriteria terpilih bagi meneruskan kepimpinan BN di Kuala Kangsar.

“Calon ini perlu tahu denyut nadi Kuala Kangsar, bergelumang dengan akar umbi serta tidak menyanggah kepimpinan tertinggi,” katanya.

Bagaimanapun Mastura tidak hadir ke majlis pengumuman tersebut kerana masih berada dalam tempoh idah dan hanya diwakili oleh anaknya.

Mastura, 55, merupakan ibu kepada empat anak adalah seorang peguam dan memiliki ijazah sarjana muda undang-undang dari Universiti Kent, United Kingdom pada 1984 dan Diploma Undang-undang Syariah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1989.

Beliau sebelum ini juga pernah bertugas sebagai peguam selama enam tahun dan aktif bergiat dalam dunia politik dengan menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chembong, Negeri Sembilan, sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga.

Biarpun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi, ramai mengetahui Mastura adalah penasihat dan peneman setia kepada Allahyarham suaminya dalam menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan (2008-2013) dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");