Panasnya Hari Ini

PRK: Jangan Jadikan Pergolakan Sebagai Kelebihan – Khairy

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan kepada semua jentera Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan pergolakan pembangkang sebagai kelebihan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beliau yang dipetik BH Online berkata, sebaliknya BN perlu menang dalam pilihan raya tersebut dengan kekuatan sendiri dan bukannya bergantung kepada kelemahan pihak pembangkang.

“Kami tidak akan selesa dengan apa yang berlaku pada pihak lawan kerana prinsip Pemuda kita lawan atas kekuatan sendiri walaupun pihak lawan lemah.

“Kita sedia hadapi apa saja senario yang berlaku dan tidak sesekali menari ikut rentak parti lawan. Kami hanya mahu tumpu pada tugas dan gerak kerja selain memastikan kehadiran jentera pemuda untuk berkempen,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Terdahulu, kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong berikutan penyandangnya, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas pesawat di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK bagi kedua-dua Parlimen berkenaan diadakan serentak pada 18 Jun 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");