Isu Panas

PRK: Jika tiga penjuru kelebihannya kepada BN

SHAH ALAM – Penganalisis politik meramalkan pilihan raya kecil (PRK) akan memberi kelebihan kepada BN sekiranya berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, perkara ini terjadi kerana parti pembangkang iaitu Pas dan Pakatan Harapan (PKR, Amanah, DAP), sekiranya bertanding akan berusaha meraih undi yang sama daripada penyokong pembangkang.

“Pertarungan dalam PRK ini bergantung kepada sama ada satu lawan satu atau tiga penjuru…Jika satu lawan satu pasti akan sengit namun jika tiga penjuru maka kelebihan akan memihak kepada BN.

“Ini kerana jika tiga penjuru Pas dan Pakatan Harapan akan berusaha untuk meraih simpati pengundi yang sama menyokong pakatan harapan sebelum ini.. Jadi ini akan menyebabkan situasi menjadi sukar untuk mereka kerana masing-masing ingin membuktikan mereka masih relevan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

“Dan undi pembangkang akan berpecah kepada parti-parti iaitu Pas dan (Amanah,PKR) manakala undi untuk BN akan tetap kekal seperti sebelum ini. Jadi kelebihan akan memihak BN,” katanya kepada Sinar Online.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga mengakui perkara sama, pertandingan tiga penjuru akan memudahkan BN.

“Di sungai Besar dan Kuala Kangsar BN, perlu memastikan jentera parti mampu tangani sentimen calon yang tidak dipilih, cuba menangani isu lokal…isu nasional dirasionalkan, dan memastikan jentera BN bersepadu, sekiranya ini diambil kira pertandingan tiga penjuru itu akan memberi kelebihan kepada BN…BN hanya perlu pastikan perkara ini sahaja.

“Berbalik kepada pertandingan tiga penjuru itu, pemilih akan melihat pembangkang tidak berupaya untuk bekerjasama…perselisihan yang masih berterusan, perkara-perkara ini boleh memberi impak kepada pembangkang,” katanya.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar setakat ini menampilkan satu lawan antara calon Pas dan BN, dimana PRK Kuala Kangsar menampilkan balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid (BN) menentang Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad, sementara PRK Sungai Besar pula menampilkan Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman daripada Pas menentang Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

Namunpun begitu, Pakatan Harapan telah menyatakan hasrat untuk turut masuk gelengang dalam PRK tersebut.

PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");