Panasnya Hari Ini

PRK: PAS Perlu Tarik Diri Jika Enggan Berunding

KUALA LUMPUR: PAS diminta untuk menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekiranya enggan berunding dengan parti pembangkang yang lain, tegas bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Beliau yang dipetik Utusan Online berkata, kedegilan PAS yang enggan berunding sehingga sanggup berdepan persaingan tiga penjuru dalam kedua-dua PRK tersebut boleh menyebabkan parti itu kalah teruk.

Tegasnya, ia termasuklah mendapat undi lebih rendah daripada satu lagi parti yang tewas.

“Dalam kedua-dua PRK ini, kita kena lihat dengan teliti parti mana yang ada daya menang lebih. Kalau bukan Melayu tidak sokong PAS, kecil hati dengan PAS, bermakna, mula-mula lagi PAS sudah hilang daya menang. Lebih baik PAS tidak letak calon.

“Kalau berlaku tiga penjuru, PAS mesti dapat undi lebih daripada parti satu lagi. Jika ditakdirkan PAS dapat kurang undi, imej PAS akan rosak untuk tempoh yang sangat lama.

“Sama ada PaS berunding dengan parti-parti lain supaya berlaku satu lawan satu atau PAS tarik diri supaya tidak nampak teruk di mata rakyat,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kota Bharu, hari ini, lapor Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");