Panasnya Hari Ini

PRK : Penyertaan Pembangkang Untuk Tumbangkan PAS, Bukan BN

KUALA LUMPUR : PAS menyifatkan penyertaan parti pembangkang lain dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunjukkan bahawa parti pembangkang lain tidak serius mahu merampas kerusi tersebut daripada tangan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penyertaan tersebut adalah semata-mata untuk menumbangkan PAS dan bukannya BN.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penyertaan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk bertanding di Sungai Besar.

“Kalau kita sudah buat keputusan untuk bertanding, kalau ada parti-parti pembangkang lain yang bertanding, mereka sebenarnya tidak serius untuk menumbangkan BN sebaliknya nak tumbangkan PAS,”katanya, lapor Bernama.

PAS menetapkan untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memandangkan kedua-dua kerusi tersebut ditandingi oleh parti itu secara tradisi.

AMANAH baru-baru ini telah menyatakan secara terbuka kesediaan parti serpihan PAS itu untuk mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen dengan meletakkan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai antara calon bagi Parlimen Sungai Besar.

Selain itu, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin antara yang disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, parti pembangkang yang lain seharusnya menerima pendapat yang dikemukakan oleh Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang mencadangkan agar kerusi Parlimen diserahkan kepada PAS untuk ditandingi.

“Jadi kalau betul-betul kita serius nak menghadapi BN, mereka (parti pembangkang lain) sepatutnya menghormati pendirian PAS dan sokong calon PAS,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");