Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: ‘Hanya Boleh Jangka Menang Lebih 1 Kerusi’ – Presiden Pas

KUALA LUMPUR: PAS hanya boleh menjangka bahawa pihaknya akan menang lebih dari satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini, ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang dipetik Astro Awani berkata, PAS tidak boleh mengesahkan kerusi mana yang akan dimenangi semasa hari pengundian pada 7 Mei nanti.

“Kita tidak boleh mengesahkan termasuk BN pun tetapi kita boleh jangka sahaja, ramalan cuaca pun tidak tepat, tidak boleh jangka juga,” katanya semasa sidang media di ibu pejabat PAS Sarawak malam tadi, lapor Astro Awani.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sejak hari pertama kempen sehingga kini, gerak kerja PAS di Sarawak menunjukkan kemajuan.

“Kita berjumpa semua jentera dan menerima laporan daripada semua 11 DUN bertanding, kita mendapat tahu semuanya menunjukkan kemajuan dari sebelum ini,” jelasnya.

Terdahulu, pada PRN kali ini, PAS akan bertanding di 11 kerusi iaitu di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

Sebelum ini, Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili menyatakan bahawa potensi semasa menyaksikan PAS negeri sedia melakukan kejutan dengan melahirkan ADUN sulung daripada PRN kali ini.

Pada PRN Sarawak 2011, Pas tidak memenangi apa-apa daripada lima kerusi yang ditandinginya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");