Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : Jangan Salahertikan Kehadiran PAS

KUALA LUMPUR : Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob mengharapkan agar kehadiran PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak disalahertikan oleh rakyat di negeri itu.

Ujarnya, kehadiran PAS di Bumi Kenyalang itu hanyalah untuk mengembangkan dakwah dan bukan bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat di negeri itu.

“Dengan adanya usaha yang dibuat oleh parti, kita dapat sebarkan lagi matlamat perjuangan melalui dakwah walaupun ia memakan masa panjang.

“Kita harap masyarakat Sarawak faham tujuan kedatangan kita bukan untuk memecahbelahkan mereka, teapi bawa misi baik, secara damai,”katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, PAS akan terus menggunakan pendekatan dakwah kerana politik mempunyai kaitan langsung antara pembentukan kuasa dan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengharapkan pengundi di Beting Maro dan 10 lagi DUN yang ditandingi PAS dapat membuat pilihan terbaik pada PRN berkenaan nanti.

“Kita akan berjaya, Insya-Allah kita berdoa agar calon sulung PAS akan lahir di Sarawak selepas 7 Mei nanti berikutan penerimaan positif rakyat setempat ketika kempen pilihan raya dijalankan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");