Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: Nurul Izzah Tidak Dibenarkan Masuk Ke Sarawak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini dilaporkan tidak dibenarkan untuk memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri, pagi ini.

Memetik sumber Astro awani, laporan awal oleh jurucakap PKR di Sarawak menjelaskan bahawa Nurul Izzah dihalang memasuki Sarawak menerusi Lapangan Terbang Sibu, namun membetulkan kenyataan dengan menukar lokasi ke Lapangan Terbangan Miri.

Sementara itu Nurul Izzah dalam kenyataan twitternya turut melahirkan rasa terkejut dengan halangan untuk memasuki negeri Sarawak.

“Terkejut, tidak dibenarkan masuk meskipun telah menghantar surat kepada Ketua Menteri,” katanya.

Nurul Izzah yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR, telah membuat rayuan untuk diberikan kebenaran memasuki Sarawak menerusi sepucuk surat pada 29 April lalu kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Ia berikutan tindakan Pengarah Imigresen Negeri Sarawak mengeluarkan Notis Penolakan Masuk terhadapnya sebelum ini.

Kehadiran Nurul Izzah di Sarawak dikatakan untuk membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke- 11 oleh PKR.

Selain Nurul Izzah, beberapa pemimpin pembangkang dari Semenanjung turut tidak diberikan kebenaran untuk memasuki negeri Bumi Kenyalang itu sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");