Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: Pemimpin, Petugas PAS Diminta Keluar Dari Sarawak

KUALA LUMPUR: Selain DAP dan PKR, pemimpin serta petugas PAS juga turut berhadapan dengan situasi perlu untuk meninggalkan Sarawak hari ini.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, antara pemimpin perlu berbuat demikian iaitu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan Tantawi.

“Selain itu, puluhan petugas PAS juga diminta meninggalkan Sarawak pada 5 Mei, hari ini.

“Ada juga petugas yang tiba hari ini, tetapi tidak dibenarkan masuk dan dihantar pulang,” kata Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun, difahamkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu memaklumkan terdapat beberapa pemimpin PAS antaranya Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi dibenarkan untuk terus berada di Sarawak bagi tempoh seminggu, selepas PAS Sarawak menghantar surat kepada Ketua Menteri dua hari lalu.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kerana beberapa pemimpin PAS antaranya Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad dibenarkan masuk tanpa halangan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut pulang ke Semenanjung hari ini untuk menghadiri program lain, walaupun tidak perlu meninggalkan Sarawak hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");