Perak Hari Ini

Program Eksplorasi Kemahiran dan Kerjaya Beri Manfaat Kepada Pengunjung

MANJUNG: Seramai 2,000 pengunjung termasuk pelajar tingkatan empat daripada 20 sekolah di daerah Manjung memperolehi manfaat daripada ‘Program Eksplorasi Kemahiran dan Kerjaya Peringkat Daerah Manjung’ yang diadakan di sini.

Program yang buat julung kalinya diadakan di Manjung itu telah dianjurkan secara bersama oleh Pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Manjung dan beberapa pihak lain.

Antara yang turut terlibat, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Daerah Manjung, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK Wilayah Tengah), Jabatan Tenaga kerja (JTK), NiATS Oil & Gas And Marine Academic, agensi kemahiran serta institut pengajian tinggi.

6

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pengarah Bahagian Pendidikan dan Modal Insan NCIA, Jariyah Hashim berkata, program tersebut bermatlamat untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar di daerah berkenaan tentang bidang kerjaya yang berasaskan kemahiran.

Ujarnya, para pelajar akan diberi pendedahan secara secara demonstrasi oleh Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta (ILKA/S) mengenai pengajian sekunder khususnya dalam bidang kemahiran.

Katanya, sebanyak 13 Institut Latihan Kemahiran telah menyertai program ini yang berlangsung selama dua hari bermula daripada semalam dan berakhir pada hari ini.

10

Jariyah berkata, program berkenaan memberikan peluang kepada pencari pekerjaan yang mana JTK mengadakn temuduga terbuka dengan melibatkan beberapa majikan yang menawarkan lebih 1,000 pekerjaan bermula.

“Bidang kemahiran yang diuar-uarkan dalam program ini selaras dengan saranan kerajaan dalam mencapai kemajuan ‘Technical, Vocational, Educational and Training’ (TVET) 2020,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Jelasnya, pihak NCIA seperti ini yang mana ianya selaras dengan visi pertumbuhan pembangunan kesaksamaan sosial yang diketengahkan sejak tertubuhnya NCIA pada tahun 2007.

7

Tambahnya, keberkesanan NCIA dalam merangsang ekonomi negara dengan kerjasama komuniti setempat dapat ditunjukkan menerusi penglibatan sektor swasta yang amat menggalakkan dalam program berkenaan.

“Pihak NCIA telah menjalankan beberapa siri program Discovery Path iaitu program Eksplorasi Kemahiran di seluruh Wiayah Koridor Utara pada tahun 2015.

“Ia telah merekodkan kejayaan amat membanggakan dengan pendaftaran seramai 2,364 peserta yang telah mengikuti pelbagai kursus dalam bidang kemahiran yang diminati di institut-institut kemahiran,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan sangat komited memastikan usaha yng berterusab agar bilangan tenaga mahir dapat dipertingkatkan sejajar dengan hasrat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Katanya, tenaga kerja mahir merupakan aset kepada ekonomi negara.

Justeru itu, beliau berkata, Program Eksplorasi Kemahiran dan Kerjaya tersebut sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjana ekonomi secara inovatif dan kompetitif untuk meneraju arus globalisasi yang semakin mencabar.

“Saya amat berbangga dengan kerjasama yang erat daripada pelbagai agensi yang terlibat bagi menjayakan program ini.

“Ia memberikan peluang kepada masyarakat untuk memahami dan mendapatkan penjelasan tentang bidang-bidang kemahiran serta kerjaya.

“Seterusnya ia mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada pengunjung,” katanya dalam ucpan yang telah dibacakan oleh Rashidi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");