Berita Hari Ini

Projek inovasi bantu pesara

KUALA TERENGGANU – Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) berusaha membantu golongan pesara berpendapatan rendah melalui projek inovasi pertanian yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Presiden PPKM, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata, pihaknya akan memperuntukkan sebanyak 200 tong inovasi tanaman sayuran kepada 200 pesara yang layak menerimanya bagi pelancaran fasa pertama.

“Projek ini berkonsepkan inovasi pertanian bagi tanaman sayuran yang diharap dapat membantu sara diri golongan pesara selain menjadikan ia sebagai aktiviti sihat bagi golongan itu.

“Pihak kami telah mengenal pasti bahawa inovasi tanaman sayuran secara bertingkat menggunakan tong bersesuaian untuk diusahakan oleh golongan pesara yang mana, ia tidak menggunakan kerahan tenaga yang optimum.

“Inovasi penanaman sayuran melalui tong ini boleh diusahakan oleh pesara bandar mahupun luar bandar di kawasan-kawasan rumah mereka,” katanya ketika hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia bahagian Negeri Terengganu kali ke-24 di Wisma Darul Iman, di sini.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia), Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda dan Yang Dipertua PPKM bahagian Negeri Terengganu, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah.

Wan Mahmood berkata, sehingga kini, terdapat seramai 46,000 pesara yang berdaftar di bawah PPKM dan projek pertanian ini, memberi manfaat kepada golongan pesara berkenaan.

“Walaupun pengagihan tong inovasi ini hanya kepada pesara berpendapatan rendah sahaja, namun mana-mana pesara yang berminat, pihak kita akan mempertimbangkannya.

“Bagi projek inovasi pertanian ini, pihak kita ada melakukan kerjasama dengan agensi pertanian bagi tindakan sepatutnya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");