Sukan Hari Ini

Promosi golf SUKMA

Kuala Lumpur: Lebih 100 pemain golf amatur dipilih beraksi di pusingan akhir Cabaran Golf SUKMA XVIII Sarawak 2016 yang dijadualkan berlangsung di Kelab Golf Petra Jaya pada 14 Julai ini.

Pemilihan pemain itu berdasarkan pencapaian mereka pada tujuh siri perlawanan separuh akhir yang dilangsungkan sejak 12 Mei sebelum berakhir 26 Mei lalu.

Bagaimanapun, satu lagi siri separuh akhir akan diadakan di Samarahan Country Club, Sarawak pada 3 Jun depan.

Pertandingan edisi ke-4 itu bermula di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, disusuli di Golf Permaipura & Country Club (Kedah), Tiara Melaka Golf & Country Club (Melaka), Resort World Kijal (Terengganu), Sultan Abdul Aziz Shah Golf & Country Club (Selangor) dan Golf Borneo & Country Club (Sabah).

Sekretariat SUKMA XVIII berkata, cabaran di Sarawak itu sebahagian daripada kempen kerajaan negeri untuk memberi kesedaran dan mempromosi sukan dwitahunan itu kepada orang ramai.

Pelancaran disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Harun Che Su di Sultan Abdul Aziz Shah Golf & Country Club baru-baru ini. Turut hadir Datuk Seri Michael Manyin Anak Jawong, Menteri Belia, Sukan dan Soliditari Sarawak dan Presiden MGA Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Sarawak akan menjadi tuan rumah kejohanan itu yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 31 Julai.

Sebanyak 34 acara sukan dipertandingkan membabitkan kira-kira 8,000 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen yang mengambil bahagian, termasuk Brunei Darussalam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");