Perak Hari Ini

PTPTN Mahu Bina Hubungan Lebih Mesra Dengan Masyarakat

KUALA KANGSAR : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingin mewujudkan hubungan dengan lebih mesra dengan masyarakat khususnya golongan pelajar menerusi pelbagai program yang telah dan akan dilaksanakan.

Pengerusinya, Datuo Shamsul Anuar Jasarah berkata, beliau tidak mahu PTPTN hanya dilihat sebagai satu badan yang hanya mengeluarkan pembiayaan pinjaman.

“Sebaliknya, kita juga ingin dilihat sebagai satu badan unggul yang menyediakan ruang dan peluang kepada rakyat untuk merancang masa depan pendidikan mereka.

4

“Kita mahu membudayakan rakyat di negara ini supaya menabung daripada awal usia menerusi dua skim iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan SSPN-i Plus,”katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Program Mesra Pelajar bersama PTPTN dan Baiduri di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, di sini.

Turut hadir ialah Yang DiPertua BAIDURI Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli, ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan Timbalan Pejabat Pendidikan Daerah, Azhan Shukri.

Shamsul Anuar berkata, program sebegini merupakan satu tanggungjawab sosial korporat badan itu dalam usaha mendekati masyarakat terutamanya golongan pelajar.

“Program ini adalah satu pendekatan PTPTN secara lebih awal bersama dengan pelajar di peringkat sekolah rendah supaya hubungan antara PTPTN dengan pelajar tidak terbina sewaktu mereka menerima pembiayaan kita,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");