Berita Hari Ini

Qari Malaysia johan Tilawah Asean

SEPANG – Qari Malaysia, Muhamad Husaini Mahmur dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Asean di Bangkok, Thailand, semalam.

Kemenangan Muhamad Husaini, 24, adalah yang ketiga berturut-turut bagi Malaysia menjuarai bahagian Qari pada pertandingan itu sejak 2014.Beliau yang merupakan pemenang tempat ketiga pada Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 mengakui saingan sengit dihadapi ketika menyertai pertandingan tersebut.

“Kebanyakan peserta mempunyai kelebihan dari segi suara, maka saya memfokuskan kekuatan saya dari segi penguasaan tajwid, taranum dan lahjah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Penuntut tahun akhir jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi di Universiti Sains Islam Malaysia itu berkata kelebihan turut dikuasai peserta Malaysia kerana format pertandingan di Thailand adalah sama seperti yang dianjurkan di Malaysia.

Dalam pertandingan yang bermula sejak 30 April lalu itu, wakil negara Siti Husnaa Hassan muncul sebagai naib johan untuk bahagian Qariah.

Kemenangan tersebut adalah pencapaian tertinggi wakil qariah negara dalam pertandingan itu yang dianjurkan sejak 2011.

Siti Husnaa, 24, berkata latihan secara konsisten dan dibantu gurunya telah membantu beliau untuk menguasai pembacaan pada pertandingan tersebut.

Beliau juga merupakan Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 selain Johan Tilawah Al-Quran Asia Tenggara anjuran Brunei Darussalam Tahun 2013.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");