Berita Hari Ini

Ramadan: Peniaga dinasihat tidak jual makanan awal

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memohon kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk menasihatkan peniaga restoran dan penjaja supaya tidak menjual makanan awal pada bulan Ramadan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jawi Wan Jaapar Wan Ahmad berkata ia bagi mengelak umat Islam mudah mendapat makanan dan tidak menghormati bulan Ramadan dengan makan dan minum di khalayak ramai sekiranya tidak berpuasa.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata Jawi akan mengadakan operasi bersepadu bersama polis dan agensi berkaitan untuk menangkap umat Islam yang makan, minum serta merokok di khalayak ramai pada waktu siang di bulan Ramadan.

Wan Jaapar berkata individu yang ditangkap kerana makan, minum dan merokok secara terbuka pada bulan Ramadan boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan ditangkap dan disiasat mengikut seksyen 15a dan b Kesalahan Jenayah Syariah, Wilayah Persekutuan, 1997.

Beliau berkata 25 orang Islam ditangkap di sekitar ibu negara tahun lepas kerana makan dan minum secara terbuka selain merokok di khalayak ramai, berbanding 12 tangkapan pada 2014.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");