Jenayah

Remaja lelaki maut jatuh longkang

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki maut selepas terjatuh ketika cuba menyeberangi longkang dalam kejadian di Setia 4, Taman Setia Indah dekat sini petang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang, mangsa Mohamad Amirul Rashid Mohamad Mokhtar, 14, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fatimah Hashim di Taman Daya dekat sini, bersama abang dan seorang lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisoner Sulaiman Salleh, berkata apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba menyeberang longkang untuk pulang ke rumah mereka di Setia 6, Taman Setia Indah.

“Ketika cuba menyeberang, mangsa dikatakan tergelincir lalu terjatuh sebelum dibawa arus deras,” katanya.

Sulaiman berkata, mayat mangsa dijumpai terapung kira-kira jam 7.20 petang oleh orang awam di kolam takungan air di Setia 4, kira-kira 70 meter dari lokasi kejadian.

“Jarak sekolah dengan rumah mangsa adalah kira-kira dua kilometer dan mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, siasatan polis juga mendapati tidak wujud sebarang unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/157685

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");