Sukan Hari Ini

Rembatan Fighters!

FELDA United kembali menjarakkan daripada pesaing terdekat Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menewaskan Kelantan 2 – 0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Razak, Jengka, semalam.

Kemenangan kelapan selepas 10 perlawanan itu membolehkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim terus menerajui liga dengan kelebihan tiga mata mengatasi penyandang juara Harimau Selatan yang hanya akan beraksi menentang Pulau Pinang di Stadium Larkin, Jumaat ini.

Tampil dengan misi tiga mata selepas tewas 3 – 2 kepada Perak di Ipoh sebelum ini The Fighters hanya berjaya merobek gawang skuad kendalian K Devan pada minit ke-41 hasil jaringan Lutfulla Turaev.

Lima minit babak kedua bersambung, gawang pelawat sekali lagi digegarkan kali ini menerusi Francis Forkey Doe untuk keputusan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Selangor bangkit ketinggalan satu gol untuk merampas kembali kedudukan ketiga liga selepas menewaskan Terengganu FC II 2-1 di Shah Alam.

Pelawat terlebih dulu merobek gawang tuan rumah hasil jaringan Patrick Dos Santos minit ke-54 sebelum gol penyamaan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan hadir melalui Mauro Olivi pada minit ke-55′.

Namun Adam Nor Azlin berjaya menafikan hajat skuad kendalian Rahmat Darmawan untuk membawa sekurang-kurangnya satu mata pulang ke Kuala Terengganu dengan gol kemenangan pada minit ke-92.-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");