Jenayah

Rempuh pagar lebuh raya cuba lolos sekatan polis

BAGAN SERAI: Lebih 30 pelumba haram yang cuba melarikan diri bersama motosikal masing-masing dengan merempuh pagar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ditahan dalam satu operasi awal padi tadi.

Bukan hanya merempuh pagar lebuh raya, mereka turut cuba untuk menyembunyikan motosikal masing-masing dalam hutan berhampiran.

Komander Unit Penguatkuasa Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Utara 3, Bukit Aman, Inspektor Ribuan Husain, berkata lebih 100 pelumba haram dan samseng jalanan yang majoritinya berusia lingkungan awal 20-an cuba melarikan diri sebaik litar haram mereka di Kilometer 175-180 PLUS berhampiran Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Alor Pongsu digempur.

“Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam dan berakhir pada jam 4 pagi tadi, semua yang meloloskan diri daripada pagar PLUS berjaya ditahan. “Operasi ini membabitkan 70 anggota penguat kuasa dan dalam ops ini, sebanyak 124 motosikal ditahan serta diperiksa,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 87 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan, manakala 36 motosikal disita dan dibawa ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, antara kesalahan dilakukan adalah tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Katanya, kejayaan itu adalah hasil intipan rapi selama lebih dua minggu yang dibuat pihaknya sebelum ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");