Panasnya Hari Ini

RUU Akta 355: BN Belum Buat Keputusan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung isu Rang Undang Undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, keputusan tersebut hanya akan diputuskan apabila tiba masanya nanti.

“Tidak timbul soal kita tergesa-gesa dalam soal ini.

“Di peringkat BN kita belum mendapat apa-apa arahan daripada parti dan pendirian kita mengenai perkara itu belum lagi diputuskan dan keputusan akan hanya dibuat bila sampai masanya,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membentangkan usul RUU persendirian berkenaan selepas dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Tindakan Hadi itu menyebabkan beberapa pemimpin parti komponen BN mahu meletakkan jawatan di dalam Kabinet jika undang-undang berkenaan diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Antara pemimpin yang membantah ialah Presiden MIC Datuk S Subramaniam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Ujarnya lagi, sehingga kini, BN mempunyai banyak pilihan berhubung Akta 355 yang memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Kita ada banyak pilihan, kita boleh menerima secara ‘read and block’ berasaskan writ, kita juga boleh menolak berdasarkan ‘read dan unblock’,” katanya.

Tambahnya lagi, undian juga boleh dilakukan oleh ahli Parlimen BN mengikut naluri hati masing-masing.
“Kita juga boleh membiarkan ahli parlimen BN mengundi mengikut isi hati, kita juga boleh mengambil sikap berkecuali,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");