Panasnya Hari Ini

RUU Hudud Hanya Untuk Orang Islam Di Kelantan – TPM

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud hanya terpakai kepada orang Islam di Kelantan.

Ujarnya, RUU tersebut bukanlah untuk menggubal undang-undang baharu, tetapi ianya berkaitan dengan kuasa-kuasa Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hudud di negeri pimpinan PAS itu.

“Ia hanya untuk menaiktaraf Mahkamah Syariah dan undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam,”katanya, lapor mstar.

Terdahulu, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membentangkan RUU Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) (2016) hari ini.

Sekiranya pindaan itu diluluskan, ianya akan membolehkan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hukum hudud kecuali hukuman mati bagi mereka yang didapati bersalah di bawah undang-undang syariah.

Usul RUU tersebut telah senaraikan sebanyak dua kali sebelum ini dalam aturan mesyuarat dan akhirnya berjaya dibentangkan hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil ketetapan usul itu boleh dibentangkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 14 (2) dan 15 (1).

Walaupun usul itu diluluskan, Abdul Hadi meminta agar perbahasan mengenai RUU itu ditangguhkan pada Oktober ini.

Ianya adalah percubaan kali ketiga buat Abdul Hadi untuk membentangkan RUU tersebut di Dewan Rakyat sejak setahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");