Sukan Hari Ini

Sasar acara kedua

Kuala Lumpu: Perenang senior negara Khoo Cai Lin (gambar) mensasarkan untuk terus melakar catatan terbaik apabila turun beraksi di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang membuka tirai pertandingan hari ini, bagi memastikan tempat ke Olimpik Rio terjamin.

Cai Lin yang sudah melepasi syarat kelayakan kategori B dalam acara 400 meter gaya bebas berkata, sasaran utamanya selepas ini adalah 800m gaya bebas.

Katanya, dia perlu merekodkan masa di bawah 8 minit 52 saat seandainya mahu beraksi di Olimpik dalam acara 800m.

Perkara itu bagaimanpun dilihat bukan sesuatu yang mustahil seandainya berjaya memberi aksi konsisten dan kini sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.

“Saya sudah bersedia sepenuhnya dan berharap dapat melakarkan catatan lebih baik dalam acara 400m dan melayakkan diri dalam acara 800m.

“Bagaimanapun saya tidak pasti siapa pencabar utama saya nanti namun itu bukan masalah terutama ketika acara akhir berlangsung di waktu petang,” katanya yang akan menyertai tiga pertandingan di Eropah selepas ini.

Mac lalu Cai Lin meraih emas acara 400m dan 800m di Kejohanan Renang Peringkat Umur Kebangsaan.

Terdahulu skuad renang negara menerusi Welson Sim melayakkan diri secara merit dalam acara 200 dan 400m ke temasya Olimpik Rio.

Selain Welson, lima atlet lain melepasi syarat kelayakan menerusi kategori B membabitkan Cai Lin, Phee Jinq En, Chui Lai Kwan, Wong Fu Kang dan Kevin Yeap.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");