Jenayah

Sasar kutip RM500,000

Penunggang motosikal berkuasa tinggi bukan saja dilihat gah dengan motor besar mereka di jalan raya, malah, ramai tidak tahu penunggang atau ‘bikers’ ini antara komuniti yang sering menjalankan aktiviti berbentuk amal kebajikan.

Satu daripadanya adalah program Bikers Unite For Charity yang bakal diadakan pada 22 Mei ini di Restoran Saloma, Pekarangan MATiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menerusi program anjuran Bikers United Club (BUC) itu, pelakon dan penyanyi, Awie serta Erra Fazira dilantik menjadi duta acara berkenaan.

Menurut Awie, 48, dia mengharapkan program amal ini mendapat sambutan daripada masyarakat sekali gus menyasarkan kutipan lebih RM500,000.

“Sebagai duta program ini, saya berharap misi yang dibawa gabungan Motor Club (MC) dan Motor Group (MG) berjaya mencapai sasaran mereka sebanyak RM1 juta. Namun, jika dapat lebih daripada RM500,000 sudah memadai.

“Malah, dengan adanya gabungan daripada lebih 35 kelab motosikal, sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak. Bukan apa, ramai tidak tahu bikers sebenarnya selalu menjalankan kerja amal cuma tidak diuar-uarkan,” katanya.

Kata Awie, program sebegini sudah lama diimpikan untuk dilaksanakan, cuma baru kali ini ia berjaya direalisasikan.

“Sejujurnya, program ini baru lagi dirancang tidak sampai sebulan. Tetapi dengan adanya sokongan daripada BUC, acara ini dapat digerakkan dengan cepat.

“Menjelang acara itu, semua pihak terbabit kini berusaha untuk mengutip dana dengan menjual tiket. Pembelian tiket itu membolehkan pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah dan menikmati jamuan petang,” katanya.

Sebagai permulaan, program ini menyasarkan lima rumah kebajikan pelbagai latar belakang membabitkan rumah warga tua, anak yatim, kanak-kanak tahfiz dan fakir miskin. Hasil daripada penjualan tiket itu, 70 peratus disalurkan terus ke rumah kebajikan terpilih manakala 30 peratus lagi untuk kegunaan kos sepanjang acara.

Menariknya, ketika sesi sidang media pelancaran program ini sebanyak RM65,000 berjaya dikutip dalam masa kurang sejam menerusi penjualan tiket.

Awie dan Erra juga antara individu yang membuat pembelian tiket sebanyak RM2,500 seorang.

Berkenaan pembabitan Erra, pelakon filem Pasrah ini dipilih oleh Awie memandangkan dia antara selebriti yang aktif dalam sukan permotoran berkuasa tinggi.

Erra, 42, berkata, dia bersetuju turut serta dalam program ini kerana ia buat pertama kalinya menggabungkan beberapa kelab motor di Malaysia.

“Penganjuran program ini sesuatu yang bagus jadi tidak ada alasan untuk saya menolaknya,” katanya.

Menurutnya, bukan mudah hendak melihat MC dan MG bergabung dalam sesebuah aktiviti. Ini kerana setiap kelab ada ideologi tersendiri.

“Program amal ini juga berjaya menyatukan mereka untuk sama-sama membantu golongan memerlukan. Sebab itu, banyak dalam kalangan mereka secara sukarela bergelar sukarelawan,” katanya.

Selain Awie dan Erra, antara selebriti lain yang terbabit dalam acara ini adalah Fauziah Latiff, Jehan Miskin dan Dira Abu Zahar.

Tiket untuk menyertai acara ini boleh dibeli atau didapati secara terus sehingga 21 Mei ini daripada wakil MC dan MG terpilih, Red Garrage Malaysia dan FS Bike.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");