Panasnya Hari Ini

Saya Tunggu Tun Mahathir Di Kuala Kangsar Untuk ‘Bertumbuk’ – Nazri Aziz

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau akan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Kangsar untuk ‘bertumbuk’ semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Ujarnya, sebagai sebuah negara demokrasi, mantan Perdana Menteri itu bebas untuk ke mana sahaja.

“Saya akan tunggu Dr Mahathir di Kuala Kangsar. Ini negara demokrasi. Mahathir bebas untuk ke mana sahaja. Beliau tidak akan ditahan di bawah ISA seperti masanya dahulu.

“Oleh itu kita menjemputnya. Saya akan tunggu beliau di Kuala Kangsar untuk ‘bertumbuk’. Kita lawan la,”kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu, lapor mstar.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, Tun Mahathir telah hilang kredibiliti dan kehadiran bekas Presiden UMNO itu hanya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) sendiri.

“Tiada siapa akan mempercayai beliau lagi. Ramai yang telah hilang kepercayaan akibat wataknya.

“Saya tidak rasa dia akan menarik banyak undi kerana orang tidak suka kehadiran beliau di sini dan mereka akan memberi undi untuk BN,”katanya.

Pada awal bulan lalu, Tun Mahathir dilaporkan berkata, beliau menggesa agar pembangkang bertanding secara satu lawan satu menentang BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");