Panasnya Hari Ini

Selepas ‘Warkah Dari Penjara’ Tersebar, Anwar ‘Dikawal Ketat’

KUALA LUMPUR : Selepas ‘warkah dari penjara’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bocor kepada umum, bekas Ketua Pembangkang itu kini dikawal ketat oleh pihak berkuasa.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang juga anak kepada Anwar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain kini berdepan dengan kesukaran untuk bertemu dengan ayahnya.

“Para peguam juga mendapati sukar untuk bertemu beliau. Mereka hanya diberi akses selama satu jam dalam seminggu untuk bertemu beliau untuk menandatangani dokumen dan untuk menerima arahan bapa,”kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, lapor Malaysiakini.

Malaysiakini turut melaporkan, Jabatan Penjara kini menjalankan inkuiri dalaman berhubung kebocoran surat tulisan tangan Anwar itu yang ternyata mengejutkan banyak pihak minggu lalu.

Anwar juga dikatakan perlu melalui proses pemeriksaan badan sebelum dibenarkan meninggalkan penjara, kata Malaysiakini yang memetik sumber dalaman.

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, adalah menjadi satu kesalahan membawa barang masuk atau keluar dari penjara tanpa kebenaran Jabatan Penjara.

Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata, bagi kes ‘warkah dari penjara’, Anwar telah diberikan pelbagai keistimewaan dan kelonggaran di penjara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");