Jenayah

Suami isteri diugut jiran

KUALA TERENGGANU – Bukan sahaja rumah diceroboh oleh jiran yang mengamuk tanpa diketahui punca, malah sepasang suami isteri terpinga-pinga apabila turut diugut dengan sebilah parang, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di bandar raya ini, Selasa lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.40 malam ketika pasangan suami isteri berusia 30-an itu berada di rumah, sebelum dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki dikenali yang tinggal berhampiran kediaman mereka.

Menurut sumber, pada mulanya suspek dikatakan hanya membuat bising di luar rumah sehingga menimbulkan kekecohan di sekitar pangsapuri terbabit yang turut menarik minat si suami untuk menjenguk, lalu membuka pintu utama rumah.

Bagaimanapun katanya, sejurus pintu dibuka, mangsa terkejut apabila mendapati rupa-rupanya suspek sedang berada di hadapan pintu rumah sambil mengacukan sebilah parang ke arahnya.

Katanya lagi, difahamkan sebelum ini, ada beberapa jiran memaklumkan pernah melihat suspek berada dalam kawasan gril rumah mangsa sebelum ini.

“Tidak lama kemudian, suspek meminta maaf kepada mangsa sekeluarga dengan memaklumkan dia sebenarnya tersalah rumah.

“Suspek mendakwa mahu mencari seorang wanita yang suka menyindirnya sebelum ini,” katanya.

Mangsa bagaimanapun membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");