Membawang Hari Ini

Sukar Hasilkan Filem Seram ‘Harmonika’ Dengan Bajet Rendah

PETALING JAYA: Pengarah filem Raja Mukhriz menyifatkan cabaran utama menghasilkan filem genre seram Harmonika apabila terpaksa melaksanakan penggambaran karya itu dalam bajet yang rendah.

Raja Mukriz berkata, dia terpaksa menggunakan konsep penceritaan bagi mewujudkan elemen-elemen seram kepada penonton.

“Filem seram dan aksi merupakan sebuah filem yang memerlukan bajet yang tinggi untuk menghasilkannya. Jadi untuk filem ini saya bekerja dalam sejumlah bajet rendah.

“Oleh itu, saya tidak boleh mewujudkan elemen seram dan kejutan seperti filem-filem seram lain. Apa yang saya buat ialah menerusi jalan penceritaan yang membuatkan penonton sentiasa berfikir,” ujarnya kepada mStar Online.

Raja Mukhriz berkata demikian pada sidang media selepas tayangan filem seram Harmonika di E@Curve, di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Raja Mukhriz berkata, dia juga terpaksa memotong beberapa babak yang dirasakan agak panjang sehingga sedikit menganggu jalan cerita.

“Ada babak yang terpaksa potong dan membuatkan penonton akan sedikit berfikir, ia disebabkan terlalu panjang dan tidak cukup masa untuk muatkan semua,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang pemilihan pelakon, Raja Mukhriz berkata, Siti Elizad dan Ahya Rosli merupakan pilihan yang paling bersesuaian dengan watak pasangan suami isteri dalam filem berkenaan.

“Siti Elizad dapat memberi lakonan terbaik dan menjiwai watak seorang isteri dan ibu yang berhadapan dengan masalah anak yang melihat benda ghaib.

“Dalam pada itu, Ahya masih baru dalam bidang lakonan dan kita beri pendedahan kepada dia untuk berlakon dalam filem ini,” ujarnya.

Filem yang menjalani penggambaran pada 2014 lalu mengisahkan permasalahan sepasang suami isteri yang mempunyai anak yang sering bercakap dan bermain dengan makhluk ghaib.

Antara pelakon yang terbabit dalam filem berkenaan ialah Siti Elizad, Ahya Rosli, Nurul Fateha, Riezman Khizaimi dan Normah Damanhuri.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam Khamis ini.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");