Jenayah

‘Suspek dengar suara halus arah lakukan jenayah’

PORT DICKSON: Polis Port Dickson berjaya menahan seorang lelaki kurang daripada satu jam selepas dia melarikan diri menggunakan sebuah teksi yang di curi selepas membuat gangguan di sebuah pusat senaman wanita di Batu 6 Jalan Pantai Port Dickson.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 31 tahun itu di tahan polis selepas dikejar pasukan peronda polis kawasan tol Mambau dan akhirnya teksi yang dipandu suspek terbabas di susur keluar lebuh raya ke Johor Bahru.

Menurutnya, pada jam 9.58 pagi polis telah menerima panggilan mengatakan ada seorang lelaki melakukan gangguan di sebuah pusat itu dan kemudiannya melarikan diri dengan memandu sebuah teksi yang berada di lokasi kejadian.

“Polis segera melakukan pemantauan di setiap jalan keluar termasuklah tol lebuh raya.

“Dalam masa yang sama, pemilik teksi telah membuat laporan polis kehilangan kenderaannya dan suspek kemudiannya di kesan melalui kawsan tol Mambau dan dikejar polis sebelum kenderaan itu terbabas,” katanya.

Adzli berkata, berdasarkan siasatan polis, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan berkaitan kes dadah.

“Hasil semakan kenderaan jenis Honda berwarna putih yang ditinggalkan suspek, didapati ia adalah kenderaan yang dilaporkan hilang di Jinjang tahun ini.

“Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek masih di bawah pengaruh dadah dan ketagihan dadah jenis heroin. Suspek juga mengaku bahawa dia didesak oleh suara halus untuk melakukan jenayah,” katanya.

Adzli menambah, pagi ini, suspek akan di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 323/354 Kanun Keseksaan,” katanya.?

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");