Perak Hari Ini

Tahanan Ditemui Tergantung Dalam Lokap

IPOH: Seorang tahanan reman lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tergantung sewaktu anggota polis membuat tugas rondaan rutin di lokap IPD tersebut.

“Sewaktu rondaan, anggota mendapati seorang tahanan dalam keadaan tergantung dengan menggunakan baju T yang dibekalkan kepadanya. Orang yang ditahan tersebut didapati dalam keadaan tidak bernyawa.

“Pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Siput yang tiba di tempat kejadian mengesahkan tahanan telah meninggal dunia,”katanya menerusi satu kenyataan.

Jelasnya, inkuiri juga telah dibuat oleh seorang koroner dari Mahkamah Majistret Sungai Siput.

“Mayat si mati telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan sebab kematian adalah ‘neck compression due to hanging’ dan tiada sebarang kecederaan lain ditemui.

“Si mati yang telah ditahan sejak 2 Mei lalu ditahan berseorangan di dalam lokap berkenaan,”ujarnya.

Hasnan turut berkata, si mati telah diberkas oleh pihak polis Salak Baru, Sungai Siput pada 2 Mei mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah.

Ujarnya lagi, simati juga turut mempunyai empat rekod kesalahan lampau yang melibatkan dadah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");