Membawang Hari Ini

Tak Tahan Difitnah, Maria Farida Bakal Saman Bekas Isteri Suaminya

PETALING JAYA: Pelakon Datin Maria Farida akan meneruskan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar selepas wanita berkenaan berterusan membuat pelbagai tuduhan terhadapnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Maria berkata dia tidak mampu lagi menahan sabar apabila Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan berterusan menuduh dia menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Malah kejadian terbaharu Karen Rayyan menuduh Maria memukul anak tirinyanya iaitu Qalif Rayyan Shakur yang berusia 7 tahun ketika kanak-kanak berkenaan bawah penjagaannya.

“Setiap hari sejak sembilan bulan lalu dia hari-hari menghantar SMS ugutan, makian dan cacian terhadap saya dan suami dengan menggunakan bahasa kesat yang malu untuk saya nyatakan di sini.

“Itu belum termasuk segala fitnah yang dia lemparkan terhadap saya secara terbuka di laman sosial tetapi saya masih berdiam diri dan enggan melayan semua tuduhan.

“Tetapi apabila dia menuduh saya menampar anaknya, melabel saya sebagai seorang ibu tiri yang jahat malah menuduh saya menggunakan ilmu hitam, ia sudah melampau dan melebihi tahap kesabaran saya.

“Jalan terbaik adalah menyelesaikan kes ini di mahkamah dan saya telah pun memfailkan saman fitnah terhadapnya berhubung isu ini. Lagi saya diam, dia semakin menjadi-jadi,” katanya kepada mStar Online.

Maria dan suaminya, Datuk Rahman Shakur tampil pada sidang media di sebuah hotel di sini pada Jumaat bagi menjelaskan pelbagai isu fitnah dilemparkan Karen terhadap mereka.

Tambah Maria, sebelum ini dia pernah menyerahkan dua surat saman kepada Karen iaitu masing-masing pada November dan Disember tahun lalu.

Bagaimanapun dia tiada tindakan diambil ketika menyerahkan surat pertama kerana wanita itu berjanji untuk berubah dan melupakan persengketaan mereka.

“Malangnya janji hanya tinggal janji dan dia tetap memfitnah saya dan menggangu saya dengan lebih teruk selepas itu.

“Surat saman kedua pun dia tidak endahkan dan bertindak dengan lebih agresif sehingga saya terpaksa mengubah pengawal peribadi kerana bimbang dengan keselamatan.

“Saya tidak minta banyak hanya ingin hidup aman damai bersama suami dan anak-anak dan apa yang dilakukan benar-benar memenatkan saya,” katanya.

Jelas Maria lagi, sehingga kini dia dan suaminya telah membuat lebih daripada 50 laporan polis terhadap wanita berkenaan namun tiada sebarang tindakan diambil.

Tambahnya, dia dan suami turut menerima puluhan mesej daripada wanita itu setiap hari namun mereka tidak pernah membalasnya.

Sementara itu, Rahman berkata, tujuan bekas isterinya itu menuduh Maria menampar anaknya kerana ingin mempersoalkan kredibiliti dia dan Maria menjaga kanak-kanak berkenaan memandangkan Karen memfailkan kes berhubung hak penjagaan dua anak mereka di mahkamah ketika ini.

Katanya, bekas isterinya itu tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang memberi hak penjagaan anak-anak mereka iaitu Ayshea, 11 dan Qalif, 7, kepadanya dan Karen ingin mencabar keputusan berkenaan.

“Dia seorang yang penuh dendam dan sanggup menggunakan anak-anak untuk kepentingannya dengan menuduh isteri saya menampar Qalif.

“Saya sudah tidak boleh berdiam diri kerana terlalu banyak fitnah dilemparkan bukan sahaja kepada saya tetapi Maria,” ujarnya.

Malah kata Rahman kejadian dia dilanggar bekas isterinya dalam satu kejadian di Taman Nirwana, Ampang pada Isnin lalu turut menyebabkan dia tidak dapat lagi bertoleransi dengan bekas isterinya itu.

Maria dan Rahman sudah tidak dapat menahan sabar terhadap fitnah dan ugutan diterima mereka.

“Kejadian itu berlaku kerana saya ingin ambil anak-anak kerana mereka hak saya dan dia telah melanggar perintah mahkamah tetapi dia pula bertindak melanggar saya sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

“Tetapi dia dakwa dia cuba pertahankan diri dan saya terjatuh tetapi hakikatnya dia di dalam kereta saya di luar malah saya terheret sejauh lima meter.

“Dia kata dia pertahankan diri tetapi di Instagram dia dengan bangga memberitahu dia sepatutnya seret saya sehingga mati dengan memuat naik gambar anjing yang diseret. Anda nilaikan sendiri,” tambahnya.

Maria dan Rahman berkahwin pada 26 November tahun lalu.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");